Thursday 5 May 2011

PROSPEK PENAJAAN UTM GOP TURKI 2012

Kebiasaannya sesebuah syarikat akan bertanya, "Apakah maanfaat yang sesebuah syarikat akan terima sekiranya sesebuah syarikat memberikan sumbangan, pembiayaan, kutipan, dan penajaan kepada program UTM GOP Turki 2012?". Kami di UTM GOP Turki 2012 menawarkan proposal penajaan yang menarik untuk di fikirkan oleh semua syarikat yang ingin menaja program UTM GOP Turki 2012. 
Selain daripada itu, semua syarikat yang menaja akan memperolehi Sijil Penghargaan yang akan di keluarkan bagi membuktikan syarikat telah membantu dalam menjayakan program UTM GOP Turki 2012. Surat memohon pelepasan cukai dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) juga akan di berikan sekiranya syarikat menaja pada peringkat penajaan Gangsa dan ke atas. Melihat kepada matlamat dan objektif yang di sertakan oleh pihak UTM GOP Turki akan menjadi satu lagi kelebihan buat syarikat yang menaja program UTM GOP Turki. Ini kerana program UTM GOP Turki akan  memasukkan logo syarikat yang menaja dan ini secara tidak langsung membantu mempromosi syarikat di Turki. Secara keseluruhannya, kami di UTM GOP Turki 2012 mengharapkan sokongan dan bantuan penajaan dari syarikat dalam menjayakan program UTM GOP TUrki 2012.

Berikut di sertakan matlamat dan objektif UTM GOP Turki 2012 di rangka:-

MATLAMAT UTM GOP TURKI 2012
Tujuan utama GOP ini di adakan adalah untuk Menjana Mahasiswa UTM yang berIdealisme, Proaktif, Kreatif, dan Inovatif dalam membentuk Mahasiswa yang bersifat Glokal melalui perkongsian maklumat serta dialog bersama Mahasiswa Luar Negara sekaligus dapat mengkaji suasana, sistem  dan kaedah pembelajaran di universiti terkemuka Turki.

OBJEKTIF UTM GOP TURKI 2012
  1. Mendapat pengetahuan serta mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikkan di Universiti Anadolu dan Universiti Marmara;
  2. Mendapat pengetahuan serta mempelajari kaedah pengajaran dan pembelajaran persekolahan di Negara Turki dengan melawat Pra-Sekolah, Sekolah Rendah, Dan Sekolah Menengah;
  3. Mewujudkan usahasama antarabangsa antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selaku institusi teknologi terunggul dengan institusi-institusi teknologi dari negara lain dalam bidang penyelidikan dan pembangunan;
  4. Memberi ruang perkongsian maklumat di antara UTM dengan institusi pengajian terkemuka di Negara Turki;
  5. Mempromosi UTM sebagai sebuah institusi pengajian terbaik dan membuka ruang pertukaran pelajar antarabangsa;
  6. Memberikan pendedahan kepada pelajar tentang dunia sains, teknologi, pendidikan dan kepemimpinan yang berkesan serta melahirkan individu yang berpotensi, berkaliber, dan berkarisma dari aspek sahsiah dan spiritual.; dan
  7. Mengeratkan silaturahim antara mahasiswa UTM dengan mahasiswa di Turki.

No comments:

Post a Comment