Saturday 26 March 2011

TURKEY- A Gateway To Paradise




Turki merupakan sebuah negara yang terletak di antara dua benua iaitu Benua Eropah & Benua Asia. Sebahagian besar Turki terletak di Semenanjung Anatolia di Asia dan sebahagian kecil wilayahnya terletak di wilayah Balkan Barat.

Turki bersempadan dengan 8 negara, iaitu:-
  • Bulgaria (Barat laut);
  • Greece (Barat);
  • Georgia, Armenia, dan Azerbaijan (Timur laut);
  • Iran (Timur); dan 
  • Iraq dan Syria di (Tenggara) 



Turki menjadi destinasi bagi pencinta seni, pengkaji budaya dan mereka yang menghargai nilai sejarah. Tidak lupa, kalau ingin membeli belah barangan sutera dan juga karpet termahal di dunia, Turki ada segalanya. Di sini tiada jurang antara budaya Eropah dan Asia. Malahan dua benua yang berbeza budaya dan agama bergabung menjadi satu di bumi Turki. 

Turki menggamit kehadiran para pengunjung dengan pelbagai tarikan mempersonakan. Segalanya tentang budaya, tradisi, kemodenan, cara hidup lama dan baru, bersedia untuk diteroka. Turki menampung lebih 73 juta penduduk dan menjadi bahasa ke tujuh terbesar di dunia. 

Lokasi menarik di lawati:- 
  • Istanbul: Blue Mosque, Hippodrome, Topkapi Palace, St Sophia dan Grand Cover Bazaar;
  • Bursa: Ulu Camaii, dan Silk Market (Pasar Sutera);
  • Pamukkale: Kolam Air Panas, Serpihan kota Hierapolis dan Cotton Castle;
  • Cappadocia: Caravanserai, dan Avanos Village (Syurga Tembikar);
  • Ankara: Mosseleum, dan Muzium Attarturk;
  • Bolu:  Uludag;
  • Ephesus: Ephesus (Kota Yunani Kuno); dan
  • Truva: Kota Troy

No comments:

Post a Comment