Tarikh:16-17 April 2011
Tempat:SMK Tunku Abd Rahman Putra, Kulaijaya
Anjuran:Biro Latihan dan Pembangunan Persatuan Mahasiswa
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim
Laporan disediakan oleh: Nor Ashikin bt Alias
Pada hari Sabtu, 16-17 April 2011 (12-13 Jamadil Awal 1432H) yang lalu, Biro Latihan dan Pembangunan Persatuan Mahasiswa Pendidikan telah berjaya menganjurkan satu program Kem Smart Solat di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya. Program ini bermatlamat untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan solat di kalangan pelajar Sekolah Menengah Tunku Abd Rahman Putra bagi membantu pelajar menangani permasalahan sosial melalui penekanan tentang kepentingan solat dalam diri.
Program ini bermula pada jam 2.00 petang pada 16 April 2011 iaitu dengan pendaftaran peserta program Smart Solat di Surau, SMK Tunku Abd Rahman Putra, Kulaijaya. Peserta program terdiri daripada 40 pelajar tingkatan 2. Komitmen daripada pelajar sangat memberangsangkan.Program diteruskan dengan Slot 1, taklimat yang disampaikan oleh Saudara Hamizan b. Hamzah dengan tajuk “Solat antara Taklif & Anugerah”. Pada pukul 4.30 petang pelajar dibenarkan untuk bersurai, minum petang dan Solat Asar secara berjemaah.Pelajar dikehendaki berkumpul kembali pada pukul 5.00 petang untuk riadah. Aktiviti riadah dikelola oleh Saudari Shahizah dengan sebuah permainan “Orang Baik dan Orang Jahat”. Dalam permainan ini, pelajar dikehendaki mengenalpasti siapakah orang jahat dalam kalangan mereka. Permainan ini menguji pelajar untuk lebih fokus, yakin diri dan berkebolehan untuk membela diri. Permainan ini turut menerapkan sikap kerjasama dan tidak mementingkan diri.
Pada pukul 7.15 malam pelajar berkumpul di surau untuk menunaikan solat Magrib dan Isyak secara berjemaah. Tepat pada pukul 9.00 malam pelajar dikehendaki untuk berkumpul di dalam dewan bagi menerima taklimat Program Smart Solat “Asas Dalam Solat & Kepentingan Solat Dalam Kehidupan”. Taklimat telah disampai oleh Saudara Syazwan dan sebelum taklimat bermula, bacaan Zikir Ma’thurat telah diketuai oleh beliau.
Pada keesokan harinya (17 April 2011), pelajar bangun seawal jam 5.00 pagi bagi Qiyam ul-lail dan solat Subuh berjemaah berimamkan Saudara Rahimi. Usai solat Subuh, Slot 5 berlangsung dengan Tazkirah Subuh bertajuk “Sejarah Solat 5 Waktu” yang turut disampaikan oleh saudara Rahimi. Selepas Tazkirah, pelajar dibenarkan untuk bersarapan pagi dan riadah bermula jam 7.30 pagi. Selesai Solat Dhuha, Slot 6 “Simulasi Smart solat” bermula. Pelajar diajar cara solat yang betul seterusnya simulasi solat dimulakan. Selepas simulasi solat dan wudhu’ selesai, pelajar diajar cara untuk bertayamum.
Majlis perasmian penutup diadakan pada pukul 12.00 tengah hari. Upacara dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Rahimi diikuti dengan ucapan pembukaan olah pengarah program iaitu saudara Azuwan dan diikuti dengan ucapan dan perasmian penutup oleh pengetua sekolah . Majlis diakhiri dengan montaj mengenai keseluruhan program dan tetamu- tetamu VVIP dijemput untuk menjamu selera di dewan makan.
Gambar Ketika Program Kem Smart Solat, Sek. Men. Keb. Tunku Abdul Rahman Putra, Kulaijaya
No comments:
Post a Comment